Skip to main content

Universiti Teknologi PETRONAS

Assalamualaikum dan good day buat pembaca semua.

It's been a long time since my last post. Kali ni tergerak nak post mengenai sambungan selepas Diploma.

Pernah dengar tak yang ada tiga keadaan (respond ke macam mana tah...) bila kita berdoa memohon sesuatu daripada Allah? Yang pertama, doa kita terus dimakbulkan. Yang kedua, doa kita ditangguhkan sehingga masa yang sesuai dan yang ketiga, doa kita diganti dengan sesuatu yang jauh lebih baik daripada apa yang kita pinta. To be exact, perkara tu adalah benda yang kita perlukan currently. So, I guess that's what happened to my doa untuk dapat UTP (Universiti Teknologi PETRONAS) few years ago after SPM. Doa tu tertangguh.

Throwback sikit. Lepas SPM, ramai jugak lah kawan-kawan satu sekolah dapat offer ke UTP. Masa tu tak tahu nak rasa apa tapi memang rasa seronok lah. UTP kot. Haha... Going through all processes and finally, found out yang result hanging. Tak diterima dan tak juga ditolak. Dalam ramai-ramai kawan sekolah, dua orang je yang berjaya ditawar masuk ke UTP (Somehow memang diorang budak pandai pun. Hewhew...) Sedih sebab parents beria sangat dengan UTP tapi tak apa lah. Tak ada rezeki orang kata.

So, redha je masuk German-Malaysian Institute (GMI) WALAUPUN course yang ditawarkan tu tak minat sebab berkait dengan electrical. Memang dari form 3 tak minat bab electrical tapi aturan Allah kan, dapat jugak aliran tu.

Dipendekkan cerita, something happened and the idea of applying UTP for undergraduate program came out of nowhere. Hari ni mention and check on UTP's website, lagi dua hari kalau tak silap application dibuka. Terus applied once they've opened up the application and dua minggu lepas tu terus dapat offer. Bercampur baur rasa. and yeahhh... Dapat balik course Chemical Engineering... 

Tapi... Sebabkan basic dulu belajar electrical, I kinda struggling a lot surviving in this course... Sampai ada lecturer ingat aku repeater and bila aku cakap panjang lebar pasal dari Diploma blablabla, dia pesan baik-baik suruh study lebih dari kawan-kawan yang lain... Terharu sebab dia macam garang kot. Bila buat lawak pun jadi keliru nak gelak ke tak nak gelak.... Hahaha...

So, apa-apa pun, terus bergantung harap di tempat yang betul and jangan pernah putus asa dengan apa pun yang kita buat. Plus, all those rasa dengki, cemburu or iri hati tu boleh kuburkan siap-siap kot. Lain orang, lain rezekinya. Bersyukur je dengan apa yang diputuskan untuk kita. At some point, orang lain nampak lebih daripada kita,pada mata kita lah, tapi ada juga pada pandangan orang lain yang kita ni jauh lebih baik dan beruntung daripada diorang. So, accept je apa yang ada depan mata.

Okay? Bye. Till next time.


Ni gambar latest wakil UTP ke Universitas Riau (UnRi) tapi kalah... Hewhew... Ni pun namanya tak ada rezeki nak menang-menang since dulu (Maleh na sona eah)... Huhuhu

Comments

Popular posts from this blog

Pusat Kembangan Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (PKP UKM)

Hi. Alhamdulillah walaupun tiada rezeki untuk ke Jerman, sekurang-kurangnya dapat jugak aku lanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. Aku masuk bukan melalui UPU tetapi melalui PKP (Pusat Kembangan Pendidikan) . Apa yang aku tahu mengenai PKP, ia adalah sebuat pusat yang membuka ruang untuk masyarakat luar mahupun dalam negara sambung pengajian di UKM. Ada jugak pengajian sepenuh masa, ada jugak pengajian separuh masa. Pengajian Berterusan Jarak Jauh pun ada. Klik sini untuk maklumat lanjut. Okay. Selesai mengenai PKP. Sekarang nak kongsi pengalaman aku sebagai pelajar tahun 1 UKM 16/17. Aku masuk sebulan lewat kerana kesilapan PKP terlepas pandang borang permohonan aku. Terima kasih kepada kawan aku, dia pergi kaunter dan bagitahu pasal tu. Benda pertama dekat kepala aku masa aku mula-mula daftar, " Tak ada ke yang tolong guide aku buat pendaftaran?" Pihak PKP pun sekadar bawa aku ke pejabat Dekan dan selebihnya Dekan khabarkan untuk tunggu sehingg...

UTP EDUCAMP 2013

Assalamualaikum. :) Wah~ Setelah sekian lama tak buka blog ni,,sampai lupa username dan password sendiri ( Haha~ Teruk2..),, akhirnya ada juga point nak dikongsi bersama semua. Semalam, 15/4/2013, saya dan dua orang lagi rakan saya menghadiri temuduga kemasukan ke Universiti Teknologi Petronas di Bandar Sri Iskandar,Perak. Pukul 3 lebih hari Ahad dah bertolak right after saya selesai menghadiri majlis graduasi di sekolah. Sampai di Perak dalam pukul 8 malam. Haha. lama kan. Tak lah. Kereta uh buat hal. Ok,back to the topic. Esoknya, means on 15th of April,saya daftar pada jam7.30 pagi dan terus ambil tempat duduk dalam dewan canselor UTP. Besar kot. Gayat sekejap naik tangga dia. Talk started and penerangan tentang temuduga diberikan sekali. Oh,lupa nak cakap yang kami dibahagikan kepada 5 grup iaitu, A, B, C,D, dan E. Saya dapat grup D. Tengok grup pon dah tahu temuduga saya akan mula lambat. Memang lambat pon tapi tak la lambat sangat. Pukul 1 dah kena daftar untuk temuduga....