Hi. Alhamdulillah walaupun tiada rezeki untuk ke Jerman, sekurang-kurangnya dapat jugak aku lanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Aku masuk bukan melalui UPU tetapi melalui PKP (Pusat Kembangan Pendidikan). Apa yang aku tahu mengenai PKP, ia adalah sebuat pusat yang membuka ruang untuk masyarakat luar mahupun dalam negara sambung pengajian di UKM. Ada jugak pengajian sepenuh masa, ada jugak pengajian separuh masa. Pengajian Berterusan Jarak Jauh pun ada. Klik sini untuk maklumat lanjut.
Okay. Selesai mengenai PKP. Sekarang nak kongsi pengalaman aku sebagai pelajar tahun 1 UKM 16/17. Aku masuk sebulan lewat kerana kesilapan PKP terlepas pandang borang permohonan aku. Terima kasih kepada kawan aku, dia pergi kaunter dan bagitahu pasal tu.
Benda pertama dekat kepala aku masa aku mula-mula daftar, " Tak ada ke yang tolong guide aku buat pendaftaran?" Pihak PKP pun sekadar bawa aku ke pejabat Dekan dan selebihnya Dekan khabarkan untuk tunggu sehingga proses pendaftaran aku diselesaikan. Aku dah lupa macam mana flow pendaftaran segala benda tu yang pastinya bagi aku sistem tu serabut. Bila pergi BPA, katanya lain. Bila pergi Dekan, katanya lain. Maklumat x sampai ke kepada setiap bahagian?
Tu satu hal. Aku simpulkan yang pengurusan UKM sangat lambat. PKP terutama bahagian kewangan sentiasa beralasan bila aku tanyakan tentang bayaran tertunggak. Aku dah bayar lebih tapi belum diselesaikannya dan ditambah lagi bayaran lain yang katanya bukan termasuk dalam yuran. Bila aku call bahagian bendahari, mereka kata itu urusan kewangan PKP.
Sebulan dua sebelum habis sem 2, hampir setiap minggu aku ke kaunter kewangan PKP. Belum kira call, mesej dan email daripada aku dan kawan-kawan. Jawapan xpernah memuaskan. Aku fikir sama-sama Melayu je menyebabkan aku berhemat lagi bila bercakap. Bila diajukan soalan bertubi-tubi, akhirnya soalan tu dibiarkan x dilayan.
Aku tiada masalah dengan lecturer dan PnP di UKM. Bagi aku cukup bagus dah majoriti lecturer UKM kecuali tahap kedaifan peralatannya. Bagi aku itu bukan masalah sebab lecturer sentiasa akan sampaikan update terbaru mengenai teknologi2 yang sentiasa berkembang biak. Sekurang-kurangnya peralatan yang daif tu mengajar kita untuk bersabar dan bersyukur. Biar kurang asal ada dan kau boleh hadam apa yang diajarkan.
Kawan-kawan alhamdulillah jenis gila-gila tapi kaki study. Kurang pengaruh negatif rakan sebaya. Bukan aku kata takde kawan negatif tapi pandai kau pilih kawan, okay je hidup kat UKM. Fasiliti UKM pun bagi aku berada di tahap memuaskan. Tak lebih, tak kurang. Boleh kata lengkap lah jugak.
Itu jelah setakat ni mengenai UKM. Apa-apa sebaiknya buat research awal-awal supaya kau tak ada rasa menyesal pilih sesuatu tempat tu.
Adios.
awak, yuran dia mahal tak? kalau masuk melalui pkp ni sama jekan macam student upu ukm ? still ipta lah ya? saya berminat sebenarnya, harap awak dpt membantu ..
ReplyDeletePKP UKM actually provides program PJJ (Pengajian Jarak Jauh) and International's. Yuran dia mahal lagi daripada students UPU. Kita masih di bawah IPTA (which is UKM) tapi struktur yuran and few things a bit different daripada students UPU.
Deleteawak, yuran dia mahal tak? kalau masuk melalui pkp ni sama jekan macam student upu ukm ? still ipta lah ya? saya berminat sebenarnya, harap awak dpt membantu ..
ReplyDeleteAssalammualaikum awak sekiranya awak berkeleapangan boleh tak kalau saya nak contact for more information about this pkp programme ni
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Boleh tapi untuk maklumat yang lebih tepat, sebaiknya awak berurusan sendiri dengan PKP memandangkan saya sudah berpindah dari UKM.
DeleteSaya nak tanya chances nak dapat tinggi tak kalau apply situ and anggaran kasar yuran pengajian dia
DeleteChances nak dapat quite high but it all depends on ur previous studies results including SPM. I suggest you to have a check on the minimum requirement for the chosen course before applying for it because they also demand you to pay for processing fee. Anggaran kasar bergantung kepada pengajian yang dipilih. Saya pilih program UKM-UDE bawah fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina and it cost me around 10k per semester.
DeleteI already check the minimum requirement for the course that i apply thankfully my result meet the requirement. But do you think my cgpa for matriculation that is <3.0 will be enough for social science programme?
Deletenot sure thou tapi boleh je try. plus, check jugak min requirement untuk SPM sekali sebab it counts in.
DeleteNk tnye pindh universiti lain tu sbb pengurusan PKP yg teruk ke?
ReplyDeletetu salah satu sebabnya...
DeleteSalam Sejahtera , Hello there! Can I ask something about the UKM-UDE program? I am going to complete my diploma in mechanical engineering on February 2021. And now I am having the last semester which is industrial training semester. Therefore, I am thinking of enroll myself into the UKM-UDE undergraduate program in mechanical engineering. I am very interested in that program but I'm having lack of information about that program.
ReplyDeleteSo do you recommend the future juniors to study in the UKM-UDE program as a person in experience yourself ? I heard that there's is chance for us to study oversea (Germany) which I was very desperate for. Because I hold a 3.95 CGPA for my diploma, I feel like I need to be more hungry and seek for a new challenge for myself. I would like to know are the chances to study in Germany high? or low? Also, does this program (UKM-UDE) offer a bright future career ? Mind if you share your experience as you are one of the UKM-UDE program students.
Besides, I would like to ask about the scholarships/ loan for this program. Does this program eligible to have the scholarships/ loan from JPA or PTPTN ? If you have information on this, can I know what is the amount for the scholarships/loan will be provided ?
I am really sorry for writing this long questions. But I really need to collect more information before I make my final decision. This is because this seems to be a very important decision for me to make to further my undergraduate study. I really hope you could help me out and I will really appreciate it! Thankyou thankyou very much in advance ! Terima Kasih ! You can also reply to my email if you want to. Here is my email : chewlonghe@gmail.com .