Skip to main content

Lifestyle after SPM. ;)

:D Assalamualaikum and hye everyone. ^^v

After a long time, only now I have a little bit time to spend on my "dusty" blog..

LOL. :D Dusty~... Fuhh...

Lepas SPM, semua bawa haluan masing-masing.
Ada yang sambung matriks, A-level, diploma, tingkatan 6 dan banyak lagi lah. Ada juga yang dah terbang jauh ke negara orang.

Aku???

Belajar dalam negeri je dulu.. Sambung diploma kat German-Malaysian Institute. Sekarang tengah cuti sem. Tu yang banyak masa lapang ni.

Setakat ni, GMI bagi aku sesuai lah kot untuk orang yang tak berapa rajin nak menghadap buku dan hafal segala macam teori. :D
GMI lebih kepada praktikal. Apa lagi eak nak cakap pasal GMI?

Bidang? 

GMI kot. Mestilah engineering. Aku student IE, PIC11.. ^^v  Engineering. Bidang yang dipelopori oleh kaum Adam. Of course lah kaum Hawa minoriti kat sana. Alhamdulillah, dengan background aku, tak ada lah culture shock sangat sebab dah biasa dengan lelaki. Cuma nak cakap yang aku ni tak ada lah terkejut sangat bila lelaki tiba-tiba dekat or kena buli dengan diaorang. By the way, classmates aku semua baik je setakat ni. Tak ada lah pulak aku notice benda yang "pelik-pelik".

Study tough tak? 

Hmmm..Bagi aku, aku enjoy je masa sem 1 ni. Study, for the time being, tak ada lah tough mana. Standard SPM je. Cuma, ada lah satu dua benda yang lain dan baru yang kena tahu. 

Final gempak ke? 

Teehee.. Tak tahu lagi result final. Tapi harapnya tak teruk sangat lah kot. I deserve my result.Walaupun tak fokus sangat dalam kelas, sekurang-kurangnya ada juga lah menghadap buku masa duduk dalam bilik.

Hospitality GMI setakat ni tak ada lah teruk sangat. Selesa lah juga.
Cuma wifi je annoying. Tapi sebabkan ramai bising maybe, so tahun depan pengurusan GMI akan adakan perkhidmatan wifi sampai ke asrama. Yayyy..

Makan?

Sedih sikit kot bagi orang suka memilih macam aku. Tak banyak pilihan. Untuk orang yang cerewet macam aku, memanglah kauorang kena ada sumber makanan lain.

Lecturer?

Kitaorang panggil TTO, stands for Technical Training Officer. Biasa lah manusia. Ada yang OK. Ada yang KO. Cuma apa yang penting, kauorang jangan lah cari pasal dengan TTO/lecturers. Semua U sama je. Sebab markah kauorang sekarang SEMUA depend on lecturers. Aku tak perlu nak explain panjang-panjang kot.

Kawan?

Aku susah nak buat kawan. Tapi setakat ni, ada yang OK. Ada yang KO. Pandai-pandai hidup lah ye. Salah pilih kawan, memang lingkup lah kauorang. Kat GMI je dah ada macam-macam orang yang mungkin sebahagian daripada kita tak pernah jumpa pun masa sekolah dulu. Itu lah yang jadi kat aku. Jangan terlalu culture shock. Hidup kena ada pegangan yang sah dan betul. Dengan cara tu je kauorang boleh survive. Kalau betul, ikutlah atau biarkan dia kekal betul. Kalau salah, boleh cuba ubah kalau kauorang ada solutions yang betul. Kalau tak, jangan jebakkan diri dengan masalah.

Hmm.. Okay. Aku dah kekeringan idea. I think that's all from me for this post. Thanks for viewing my blog and reading my post.  Have a great day everyone.

Assalamualaikum and bye2.


Comments

Popular posts from this blog

Universiti Teknologi PETRONAS

Assalamualaikum dan good day buat pembaca semua. It's been a long time since my last post. Kali ni tergerak nak post mengenai sambungan selepas Diploma. Pernah dengar tak yang ada tiga keadaan (respond ke macam mana tah...) bila kita berdoa memohon sesuatu daripada Allah? Yang pertama, doa kita terus dimakbulkan. Yang kedua, doa kita ditangguhkan sehingga masa yang sesuai dan yang ketiga, doa kita diganti dengan sesuatu yang jauh lebih baik daripada apa yang kita pinta. To be exact, perkara tu adalah benda yang kita perlukan currently. So, I guess that's what happened to my doa untuk dapat UTP (Universiti Teknologi PETRONAS) few years ago after SPM. Doa tu tertangguh. Throwback sikit. Lepas SPM, ramai jugak lah kawan-kawan satu sekolah dapat offer ke UTP. Masa tu tak tahu nak rasa apa tapi memang rasa seronok lah. UTP kot. Haha... Going through all processes and finally, found out yang result hanging. Tak diterima dan tak juga ditolak. Dalam ramai-ramai kawan sekol

Pusat Kembangan Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (PKP UKM)

Hi. Alhamdulillah walaupun tiada rezeki untuk ke Jerman, sekurang-kurangnya dapat jugak aku lanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. Aku masuk bukan melalui UPU tetapi melalui PKP (Pusat Kembangan Pendidikan) . Apa yang aku tahu mengenai PKP, ia adalah sebuat pusat yang membuka ruang untuk masyarakat luar mahupun dalam negara sambung pengajian di UKM. Ada jugak pengajian sepenuh masa, ada jugak pengajian separuh masa. Pengajian Berterusan Jarak Jauh pun ada. Klik sini untuk maklumat lanjut. Okay. Selesai mengenai PKP. Sekarang nak kongsi pengalaman aku sebagai pelajar tahun 1 UKM 16/17. Aku masuk sebulan lewat kerana kesilapan PKP terlepas pandang borang permohonan aku. Terima kasih kepada kawan aku, dia pergi kaunter dan bagitahu pasal tu. Benda pertama dekat kepala aku masa aku mula-mula daftar, " Tak ada ke yang tolong guide aku buat pendaftaran?" Pihak PKP pun sekadar bawa aku ke pejabat Dekan dan selebihnya Dekan khabarkan untuk tunggu sehingg

Student Exchange Program (SEP), Universiti Teknologi PETRONAS. (Part 1)

Image retrieved from Google images Hari ni tergerak nak cerita mengenai Student Exchange Program yang aku applied. Kenapa nak join? In short, kenapa aku teragak nak apply program ni antara sebabnya of course sebab nak merasa keluar ke tempat orang. Parents aku bukan jenis lahir-lahir je kena suap dengan silver spoon. So, mak ayah aku memang encourage kitorang kalau nak keluar ke negara orang, kena ada effort sendiri. Hence, this is my one and only chance lah buat masa nih. Another thing is, kira macam benda ni salah satu daripada bucket list aku lah... So called "azam baru" baru pun boleh lah jugak... Aku berazam nak jadi jauh lebih baik dan produktif. Kalau dulu, tumpuan aku hanyalah untuk satu sukan and belajar je. This time, aku nak cuba semua benda yang boleh dicuba. Join segala aktiviti selagi badan dengan otak aku larat. Okay. So, back to the story. Awalnya aku received email daripada CSIMAL, UTP (stands for Center for Student Internship, Mobility &